~Rindu

Rasa rindu,
penuh di kalbu,
bergilir bersama sendu,
oh indahnya rindu.

Rindu,
rasa pilu,
rasa sayu,
sarat menjadi satu,
oh beratnya rindu.

kalbu,
hati lesu,
mata kuyu,
jiwa meronta merayu,
oh peritnya rindu

sayu,
kenangan tika itu,
datang bertamu,
seakan menari mengikut lagu,
satu persatu,
aku rindu.

MHAH
Perlembahan Nil
1.55pm


(raya 2008 di rumah nenek bersama along dan angah) (mane yang sulong? hehe)


(ateh dan akak)


(abang mi-abang angkat- , kak na dan adik)


(mak dan angah-1.1.2011 kate angah)


(mak, adik dan abah)



(cikmah@maksu, angah dan nenek ~ waaa.. cun la nenek saya haha)


(minah ~ dia minat kat abang wafi haha)


(abah dan akak~ mase birthday akak)
-ngade2 je akak manje dengan aki (bukan ayat jeles ok)

~antara 2 cinta,


(nasihat untuk diri dan teman yang sudi menerima)

antara dua cinta,
engkau memilih yang pertama,
jua yang utama,
mulialah dirimu wahai jiwa,

sedih perit sakit duka,
menolak cinta yang kedua,
cinta pada sang dia,
bukan selama cuma seketika,
kembali mekar si cinta,
bila kau dia yang punya,
mulialah dirimu wahai jiwa.

sungguh!
aku kagum dengan dirimu jiwa,
kekuatan dirimu menongkah gelora,
tundukmu lebih pada yang ESA,
ah...
itulah hakikat cinta,
itulah sebenar-benar cinta!

pesan daku yang hina,
pada wangi si mekar jiwa,
usah gelojoh mengikut rasa,
namun,
tika badan jiwa bersedia,
usah pula memendam rasa,
usah bertangguh saat bahagia,
sambutlah tangan si dia,
kerana....
mencintai yang punya,
kunci pintu syurga,
mengukuh cinta yang Esa.

Nasihat seorang teman.
MHAH
Perlembahan Nil,
kaherah (10.37pm)


Lagu Hati




Kalam kadang sepi
Kadang berbisik
Kadang sayu
Kadang gemersik
Mengikut rentak lagu hati
Hati sepi hati pilu

Beberapa kali kaki tersadung
Rebah ku tersungkur
Kadang ku tampung
Kadang ku tidur
Mengikut rentak lagu hati
Hati sepi hati pilu

Lagu hati?
Rentaknya masih begitu
Lemah dan sayu
Sedih dan pilu

Berat kaki ini
Kuheret sekuat hati
Tiap langkah ku hayun
Tiap gerak ku gagahi
Harap dosaku moga diampun
Damba kasih sayang Ilahi

Lagu hati?
Harapnya nada berubah
Biar sederas air bah
Mengalir menyejukkan hati
Hati sepi hati pilu

~Laskar pelangi~






Bismillah.


Aku kira buku ini telah lama diterbitkan.
Malah telah difilemkan.
Entah mengapa, tidak terusik langsung hati untuk menonton sebelum ini.
Tapi,aku selongkar files dalam komputer dinmat (mak aman panggil Hafiz) dan tergerak untuk menontonnya.

BEST!!

Cerita ini memang best.
Sarat dengan pengajaran.
Ceritanya bukan kosong.
Tidaklah sebosan filem seram buatan Malaysia.




"cubalah untuk memberi sebanyak-banyaknya, jangan pula menerima sebanyak-banyaknya".
(antara kata-kata hikmah dalam filem ini)

Filem ini membuatkan aku mengimbau kenangan lama.
Zaman kanak-kanakku tidaklah sesukar yang digambarkan di dalam filem ini. Namun, denai menuntut ilmu ini sememangnya sukar dan berliku.Tambah-tambah lagi aku bersekolah rendah di kawasan luar bandar.

Bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak punya cita-cita tinggi (budak-budak kampung), happy go lucky, sepanjang masa kanak-kanak mereka dihabiskan dengan bermain dan bersuka ria. (aku pun sama hahaha).
Alhamdulillah,aku sedang meniti perjalanan untuk menjadi seorang doktor yang berjaya. Bagaimana agaknya mereka?

Cerita ini banyak membuka mata. Mengimbau kenangan. Melayan perasaan.Suka duka kehidupan.

Buat bakal guru, cita-cita untuk menjadi seorang guru itu adalah BIASA! tetapi, pengorbanan dan semangat untuk mendidik, mengajar dan membimbing pelajar itulah yang LUAR BIASA!

1st update... ~ hawa~





Hawa,
dunia kelam tanpamu,
sepi, sunyi, ketandusan ceria,
sedangkan nikmat syurga tenggelam dalam kesepian Adam,
layakkah fatamorgana dunia ceria tanpa Hawa?


Hawa,
terciptamu penuh kemulian,
kejadianmu penuh kecintaan,
rusuk kiri punya seribu erti,
dekat di hati,
rapat di sisi,
peneman diri,
penghilang sunyi.




Hawa,
tingginya nilai kejadianmu,
engkau dimuliakan tuhan dengan penciptaanmu,
sama tinggi dengan sifatmu,
sama rendah dengan dayamu,
mengapa dicebik kedudukan si adam itu?
bukankah DIA Maha Tahu?

Hawa,
mengapa diungkit kisah kini dan dahulu?
Lupakah kamu?
Adam dan Hawa dahulunya satu.
mengapa disoal mengapa Adam begini dan begitu?
lupakah kamu?
kamu adalah dia, dia adalah kamu.

Hawa,
hidup ini aneh,
dari adam dijadikan hawa,
dari hawa lahir adam pula,
ajaib sungguh aturanNYA,
zaman purba kala,
mahupun zaman manusia meneroka angkasa,
sifirnya tetap sama.




Hawa,
masih engkau ingat dulu?
tika saat adam dan hawa dibuang ke dunia,
pujuk rayumu memakan buah larangan syurga,
Adam turuti atas dasar cinta,
Jabal rahmah menjadi saksi setia,
tiada dendam di dada,
yang ada hanya cinta.

Hawa,
jangan diletak harapan tinggi melangit,
pada pundak kerdil si adam,
kerana adam dan hawa sama,
manusia, lupa,
hari ini adam tersungkur, hawa menghulur tangan.
hari esok hawa tersungkur, adam pula menghulur tangan.
kerana adam dan hawa sama,
manusia,lupa.


Hawa,
bukan diri ini memuja,
apa lagi mendewa,
kerna kusedar,
walaupun tanpa puji dan puja,
kau tetap sama,
MULIA.

kaherah ~ 1.11 am~